Posts

  A ssalamualaikum dan salam sejahtera… Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan taufik dan hidayahnya SK Sekara telah berjaya mewujudkan blog sekolah untuk dimanfaatkan bersama. Dengan wujudnya blog ini, diharap SK Sekara lebih dikenali oleh masyarakat sekitar, sekaligus sebagai penghubung dan penyebar maklumat yang lebih pantas dan terkini kepada murid-murid, guru-guru, ibu bapa dan masyarakat. Insya-Allah, mudah-mudahan sekolah ini akan terus berjaya menghasilkan anak didik yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum serta berakhlak mulia selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kerjasama dari semua warga SK Sekara dalam menjayakan usaha-usaha murni ini sangatlah saya hargai. Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan laman blog ini.  Sekian.... SHAHARUL NIZAM BIN HAJI BAHAMAN GURU BESAR SK SEKARA
Recent posts